Flowers & Bees

Wednesday, July 6, 2011

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum

Kini genap sudah setahun CZ di alam maya berblog. Begitu banyak perkara yang CZ belajar dengan berblog. Ya, begitu seronok bila kita dapat tambah ilmu pengetahuan, kawan, menimba pengalaman dengan membaca. Itu lah yang CZ rasa. Terasa begitu cepat masa berlalu. Kini sudah setahun. Selepas berfikir berbulan-bulan, akhirnya CZ memutuskan untuk membuat blog baru. Namun, bukan bermakna blog lama diketepikan. Insyaallah CZ akan sentiasa menjaga kedua blog dengan baik.

Dengan blog baru ini, CZ berazam ingin mengubah atau meningkatkan lagi cara penulisan CZ supaya nampak lebih matang. Kematangan itu bukan kita boleh ukur dengan umur tapi dengan cara pemikiran dan cara penyampaian kita kepada orang lain. Di situ, orang boleh mengenali bagaimana seseorang blogger itu.


CZ nak tanya kamu semua lah kan, agak-agak kamu, BAGAIMANAKAH CARA PENYAMPAIAN DAN PENULISAN yang mampu menarik minat orang untuk membaca blog kita??

Bagi CZ bukan sekadar cara penyampaian yang diambil kira, tetapi tajuk yang diperkatakan juga agak penting dalam mencapai misi agar orang minat membaca entri kita. Selain berinformasi, ada kala kita perlu santai agar pembaca tidak rasa 'heavy' apabila membaca entri kita. CZ harap CZ mampu melakukan apa yang dikatakan ini.

Ok lah, CZ rasa, cukuplah sampai di sini sahaja coretan CZ sempena merasmikan BLOG BARU ini. =)

1 lovers:

Shah Blogger Profile Test said...

Maybe bersahaja [ ala2 mesra dan semua kira kawan ] dan sempoi tp bermaklumat or di carai2 selama ini dari search engine :P .

Bytheway tim sementara comment dan post belum berbuah lebih bnyk. pe kata g pasang comment luv tul blogspot ni :P. upload skali ngan template dia. suka org ngomen kalo ada 'comment luv' tu :P

Thumps up, sy sentiasa di belakang polo ekekke

Post a Comment

Thanks for dropping me a comment. =)